Tidur kat surau

Maka arakian ceritanya apabila kitaorang sampai ajer kat Indera Mahkota 6 tuh..punyalah tension. Rumah kosong ketuk punya ketuk tak berjawab. Bagi salam jangan cakap lagas aa..Kita pun apa lagi bila berkumandang sahaja azan subuh tuh..carik lah surau terdekat. Carik punya carik rupa rupanya surau tuu dekat ajer. Penat ajer round satu taman tuh. Kitaorang beruntung kerana semasa di dalam surau tuh selepas para jemaah habis bersembahyang subuh adalar seorang brader tuh..budak Universiti Islam Antarabangsa (UIA) datang menolong. Dengan menggunakan motosikal dier , dia bawak Marwan keliling taman bukan untuk mencuci mata ataupun untuk beriadah! Tetapi untuk mencari sisa-sisa pelajar UTMP yang masih berada di rumah sewa lama mereka.

Ucapan terima kasih diucapkan kepada brader UIA itu yang walaupun tidak mengenali kami tetapi ingin menolong kami pada pagi-pagi buta itu. Namun begitu yang ada kat situ cuma pelajar-pelajar Yayasan Pahang yang tak kenal langsung dengan kawan kitaorang so Zul Ezwan tuh walaupun dier tuh sebenarnya ketua asrama disitu. Lawak betul!

So tanpa sebarang kompromi ( betul ke penggunaan ayat ni ?) Kitaorang pun mengambil keputusan untuk melepakkan diri kat surau tuh sementara menunggu hari kesiangan dan kita boleh mencari si Zul Ezwan tuh. Kitaorang pun tertidur sampailah pukul 9 pagi. Setelah kitaorang bersiram dan bersiap , tanpa sebarang rancangan kami pun ingat nak pergi ke sebarang warung atau restoran untuk sarapan pagi. Dengan meninggalkan beg-beg kami di surau dan hanya membawa kamera dan tripod kitaorang meninggalkan surau itu.

QUOTE: Kami menyokong 100% dengan institusi surau dan masjid yang mampu menyediakan tempat berehat kepada musafir-musafir contohnya kitaorang. Tetapi kalau boleh kurangkan lah amalan mengunci masjid pada waktu malam kerana kadangkala musafir itu tiba tidak mengira waktu. Kalau ada equipment berharga barulah dikunci di dalam stor atau sebagainya. 

Sampai ajer di jalan besar entah tetiba muncul pulak bas yang bertulis Indera Mahkota 2. Kitaorang pun tanpa segan dan silu dan ragu-ragu menaiki bas tersebut dan berharap bahawa bas tersebut dapat membawa kami ke bandar Kuantan. Pada asalnya planning kitaorang nak pergi sarapan ajer terkubur dan tetiba jadi lawatan terus ke bandar. Tiket bas berharga 50 sen. Cukup murah berbanding dengan harga tiket di bandaraya Johor Bahru.

Jom kita ke page sebelah ....

home