Erm..yay! jom pegi Siam!

Hati rasa seronok memandangkan kitaorang nak melangkah ke negara yang tak pernah kita jejak sebelum ini. Pergi Siam beb...kiranya ini pinnacle kepada trip kitaorang nih. Puncak yang paling jauh. Maka pada pagi tuh selepas bersarapan di rumah shariff..kitaorang tunggu bas lagi tapi bukan untuk menghala ke Kota Bharu tetapi nak menghala ke Pasir Mas. Dimana banyak aweq cun-cun belaka terletak...menurut Shariff laa. Kalau salah tolong saman dier.

Kitaorang bertolak ke Rantau Panjang dulu dengan menaiki bas. Tambangnya adalah Rm1.10 daripada Pasir Mas. Bukan apa..kitaorang naik bas yang melalui jalan panjang. Masuk kampung keluar kampung dulus. Setibanya di Rantau Panjang. Kitaorang agak kaget. Terus carik pejabat imegresen untuk membuat border pass.

TIPS: Border pass boleh dibuat untuk semua rakyat Malaysia yang ingin pergi ke Thailand sahaja. Bukan Thailand sebenarnya tetapi hanya untuk ke kawasan sekitar Golok. Kalo nak menjelajah lebih dalam lagas..buat aa passport internasional. Bayaran yang dikenakan adalah sepuluh rial sahaja. RM10.00. Sila sertakan dua keping gambar dan photostate IC untuk tujuan proses. Kalo dah selesai. Boleh aa kita masuk Golok!

Kitaorang memasuki golok bukan dengan melalui jambatan tetapi dengan menggunakan sampan. Baru aa adventure. Kiranya camel adventure aa nih. bayaran yang dikenakan adalah Rm 1.00 seorang. Kalau nak save duit seringgit tuh. Jalan kaki ajerlar kat jambatan yang dah disediakan tuh.

 

Semasa disana kitaorang sempat melawat ke satu restoran/karaok pub. Kitaorang minum-minum dulu sebelum meneruskan perjalanan kitaorang. Bukan minum apa..minum Coke ajer. Tapi itu pun kitaorang dah rasa fenin-fenin sket. Biasa aa ragu-ragu beb. Tengok tuh marwan bergambar dengan botol Coke yang bertulis bahasa siam.

160-golok.JPG (84943 bytes)161-golok.JPG (55087 bytes)162-golok.JPG (90124 bytes)164-golok.JPG (63838 bytes)

Setelah selesai berjalan-jalan lebih kurang 2 jam..kitaorang pun pulanglah ke pangkuan tanahair. Lega rasanya bila kitaorang dah selamat tiba ke rantau Panjang. Kitaorang habiskan lebih kurang 2 jam lagi di pasar-pasar sana dan sempat minum ABC sebelum balik ke Pasir Mas. 

QUOTE: Boleh aa dengan serius kitaorang menyatakan bahawa takde paper kat Golok tuh. Kalau nak carik perempuan boleh aa. Kalo setakat nak shopping kat Rantau Panjang pun dah cukup melambak. Tapi pasal nak carik pengalaman kitaorang datang aa jauh-jauh tuu.

Sampai di Pasir Mas kitaorang pun pergilar ke Stesen Keretapi untuk membeli tiket. Hajatnya nak balik keesokkan hari tetapi malangnya takde keretapi exprezz ke Johor pada waktu siang. Maka kitaorang ambil keputusan untuk balik malam tuh jugak! Kelam kabut sikit aa. Lepas beli sedikit buah-buahan kitaorang pun balik ke rumah Shariff.

177-pasir.JPG (86596 bytes)178-pasir.JPG (55650 bytes)179-pasir.JPG (40980 bytes)149-bas.JPG (75657 bytes)

Dengan beg berbuntil-buntil. Malam tuh kitaorang dibawa ke Stesen Keretapi oleh bapak Sharif dengan keretanya.

home