Kita mandi air jeram
Pada malam tuh sebelum tidor kitaorang selak-selak dulu pamphlet yang kitaorang amik kat Kuantan dulu. Setelah berbincang, kitaorang bersetuju untuk pergi ke Jeram Lenang. Berdekatan dengan Pasir Puteh. Shariff pun tak pernah datang ke sana dengan bas. So pada dier..ini pun merupakan suatu pengalaman baru. Hampeh punya tour guide. Pada keesokkan harinya bertolaklah kitaorang lebih kurang pada pukul 10 pagi. Kitaorang tunggu bas kat depan rumah shariff aje. Plan kitaorang untuk pergi ke bandar Kota Bharu dan disana nanti kitaorg naik bas ke Pasir Puteh pulak.
TIPS: Untuk ke Jeram Lenang kalau dari Kota Bharu ..sewa charter sebuah kereta pak-wancha adalah RM30.00 itu untuk pergi ajer. Kira boleh tahan mahal aa. Kalau pergi naik bas ke Pasir Puteh harga dier adalah RM2.50. Dari Pasir Puteh pulak naik teksi RM8.00 untuk terus ke Jeram tuh.
Setiba ajer kat Pasir Puteh kitaorang pergi ke teksi stand untuk menyewa teksi ke Jeram Lenang. Perjalanan ke jeram tuh mengambil masa lebih kurang setengah jam dan kitaorang dikenakan bayaran sebanyak RM8.00. Satu kadar yang sangat murah! Apabila tiba disana kitaorang makan dulu. Erm kali nih makanan pulak terasa mahal. Setelah selesai soru..apalagas main ( berenang bagi setengah-setengah orang ) air lah.! Erm kat sini kitaorang amik gambar macam gambar tuu air. Rabak punya banyak! Kalau ada yang masih tak tahu. Klik gambar kecik-kecik nih untuk dibesarkan. Bila dah besar tekan back kat browser korang untuk kembali ke page ini.
Kitaorang bertuah kerana datang pada hari Ahad. Hari cuti bagi masyarakat kat sana. Kalau hari cuti..erm..penuh laaa tempat nih..takde privacy aa nanti. Mandi manda sampai puas beb.Kira balas dendam aa pasal tak dapat mandi laut kat teluk cempedak dan Terengganu. Kitaorang menhabiskan masa kat sana lebih kurang 3 setengah jam. Kecut badan. Setelah selesai kitapun bersembahyang di surau yang telah disediakan berdekatan dengan jeram nih. Memang sebelum nih kitaorang dah berjanji dengan drebar teksi sebelumnya untuk mengambil kitaorang di tempat yang sama dengan bayaran RM10.00. So sambil sambil menunggu teksi kitaorang..kitaorang bergambar lah..
Perjalanan balik memang baru terasa penat. Maka di dalam teksi tulah kitaorang mengambil keputusan untuk terus ke bandar Kota Bahru. drebear tuu mengecaj extra lagi RM14.00 untuk perjalanan dari Jeram Lenang ke Kota Bahru. Setibanya di bas stand, kita naik bas nombor 6 lagi untuk terus ke rumah shariff. Kali ni bas nih lengang gilos..takde orang yang kene berdiri pun.
Pada malam tuu pulak..