day one : Rabu 10.5.2000

Setelah bersiap siap Zul pun pergi melepak kat rumah Marwan sekejap  pada petang hari rabu tuu sebelum abang Marwan dapat membawa kami ke ke stesen Bas Larkin.

Pada masa itu kitaorang berharap barang keperluan yang dibawa semua telah mencukupi dan tiada apa yang kurang. Malah kami rasa apa yang telah kami bawa adalah melebihi apa yang patut dan akan menjadi burden pulak. tentang barang apa yang kitaorang bawak tuh tak payah cerita aa lain kali ajer lar ok.

TIPS: Lawatlah seberapa laman web yang menceritakan tips dan nasihat untuk suatu lawatan backpacking kerana kita tak akan tahu apa yang selalunya penting tetapi dianggap remeh di dalam suatu perjalanan. Barang-barang yang perlu dibawa dan itenari mesti disediakan lebih awal sebelum perjalanan supaya tidak terpinga-pinga semasa kita di tempat orang nanti. Klik sini untuk satu contoh laman web backpacking tips. 

Kami sampai awal untuk menunggu bas di platform 10.11.12. di dalam bas pula kami duduk di belakang sekali walaupun yang tercatat di tiket bas adalah tempat duduk 18 dan 17.

TIPS: ini merupakan suatu kesilapan! Jikalau kita menaiki bas untuk satu perjalanan jauh elakkan untuk duduk di belakang sekali atau di depan sekali kerana nanti mabuk. Percayalah ...kitaorang dah rasa. Kitaorang cadangkan duduk kat tengah tengah sekali.

Meh ..kita pi page sebelah

home