Mabuk dalam bas

Ish..malu betul....nasib baik belum mengaku sebagai accomplished traveler. Baru lebih kurang 3 jam naik bas. Dah rasa fenin-fenin sikit. Apa taknya berbual sepanjang jalan. Orang lain semuanya terus tidur sebaik duduk ajer kat bas tu. Mungkin mereka dah tahu perjalanan yang akan ditempuh itu. Rasa menyesal pulak naik bas yang melalui Mersing. Nasib baik marwan ada membawa Tiger Balm. Gunakanlah ia untuk menghilangkan fenin-fenin kepala dan rasa mabuk. Gula-gula pun boleh berfungsi sebagai distraction.. untuk melupakan sedikit kepeningan kepala tuhh.

TIPS: Kalau nak pergi ke Kuantan..sebaik-baiknyer naik lah bas yang melalui Segamat bukan yang melalui Mersing. Harganya lebih mahal 20 sen..sedikit ajer berbanding dengan harga tiket yang melalui Mersing, tetapi worth it. Pada pendapat kitaorang orang yang menaiki bas ke Kuantan yang melalui Mersing adalah mereka yang ingin turun di tengah-tengah perjalanan bukan yang hardcore nak turun kat kuantan. Kat sini pendapat ini telah disanggah sekeras-kerasnya oleh Marwan. Katanya route yang melalui Mersing lebih indah dan scenic. Sukaati ko aa Marwan malam-malam buta nih mana nampak apa-apa?

Buat pada Zul dier lebih rela naik bas 10 jam ke Pulau Pinang daripada 5 jam ke Kuantan kerana bas ke Penang ikut jalan highway. Kepada kerajaan yang memerintah..buatlah highway ke Kuantan ..kalau tidak pun buat lah jalan yang lebih elok..tidak bersimpang siur.

TIPS: Oh yaa sebelum perjalan bermula kitaorang ada membeli travelers pillow yang boleh di-inflate-kan sebelum digunakan. sebenarnya pillow itu sangat tidak selesa digunakan di dalam bas. Tetapi kalau buat untuk pakai dalam keretapi..memang best!

Alangkah leganya hati bila bas sampai di Stesen bas Rompin. Ini adalah kerana selepas ini perjalan adalah smooth sailing. Tidaklah huru hara seperti sebelumnya.

Jom pegi page sebelah

home