Nak kecek kelate skit

Erm maka kitaorang pun menaiki bas Transnasional tepat pada pukul 12.15 tengahari arituh. Perjalanan ke Kota Bharu taklar hapenin' sangat pasal kitaorang lebih banyak lepak dan dalam keadaan separa tidur daripada melihat pemandangan di sepanjang perjalanan. Bila dah nak tiba bandar tuh... jem pulak. Bukan jem nenas atau jem straberi tetapi trafik jem ataupun lebih dikenali sebagai kesesakan lalu-lintas. Bila diperhatikan betul-betul rupa-rupanya ada lumba basikal. Nak kate kitaorang nih jakun taklah tapi agak kagum aa kerana tak sangka Kelantan juga mempunyai aktiviti semacam ini kerana selama nih media arus perdana takde cerita pun apa yang best-best kat Kelantan nih.

75-kb.JPG (58316 bytes) 76-kb.JPG (59275 bytes)

Sampai di bas station Kota Bharu lebih kurang pukul 3 lebeh. Nasib baik pasal dapat berjumpa dengan kawan kitaorang iaitu watak s. Kita namakan watak s ini sebagai Shariff. Shariff memang anak jati kelantan..so haraplah dier dapat menjadi tour guide kitaorang. Setelah meneguk beberapa teguk air float di A&W. Hehe haus beb. Disana kitaorang sempat amik gambar awek Kelantan untuk tontonan umum. Kalo siapa kenal dier tolong aa suruh dier kontact kitaorang. Ingin sangat nak berkenalan.

79-kb.JPG (67707 bytes)80-kb.JPG (59637 bytes)81-kb.JPG (58478 bytes)83-kb.JPG (78978 bytes)85-kb.JPG (65760 bytes)

So sebelum kitaorang balik ke rumah watak s, kitaorang round-round aa dulu area town Kota Bharu nih. Masuk plaza kejap, masuk pasar besar kejap, amik gambar aweq kejap. Lepas tuh naik bas no 6 untuk terus ke rumah watak s kita tuh. Semasa naik bas pada hari Sabtu tuh maak ai! punyalar banyak orang tak larat lar oii.. Kawan kita si watak s tuh sempat di tegur ( dalam usaha menekel a nih ) oleh seorang awek. Dier pun apalagas  balik dengan hati yang kembang aaa.

Setelah makan malam, bapak Shariff nak ajak kitaorang semua keluar. Bapak Shariff membawa kitaorang melawat sekolah dier. Bapak shariff merupakan pengetua di sebuah sekolah menengah kat daerah Pasir Mas sana. Setelah melakukan proses pemantauan , kitaorang dibelanja satay oleh bapak Shariff. Ermm best betul! :) harga secucuk satay adalah 25 sen ..kira murah aa tuh pasal daging dier tebal beb...tebal sedap!

 

Next page..

home