Sampai di Kuantan

Alhamdullillah..rasa syukur apabila kitaorang selamat tiba di Terminal Makmor, Kuantan. Kitaorang tiba di sana lebih kurang 4:30 pagi. Setiba sahaja di sana bas kitaorang dikerumuni oleh driver-driver teksi dan pak-wanca. Pak-wanca adalah orang-orang yang menawarkan perkhidmatan mereka untuk menghantar orang  dengan menggunakan kenderaan mereka. Mereka kebanyakannya merupakan part-timer dan kenderaan meraka tidak didaftarkan sebagai  teksi..so senang jadi cerita mereka bekerja secara haram lah.

TIPS: Walaupun mereka bekerja secara tidak berlesen, kami amat setuju dengan kewujudan meraka ini. Selalunya bayaran yang diminta oleh driver-driver ini berbeza dan terpulanglah kepada kita untuk memilih mana satu driver meng-offer bargain yang paling baik. Cuma kadangkala driver yang cekik darah itu yang harus kita berhati-hati. Tanya dulu beberapa driver sebelum memilih kenderaan yang hendak dinaiki.

Namun begitu kitaorang sempat melawat salah satu public toilet di Terminal Makmor untuk memantau ( ye ke? ) selain untuk melepaskan apa yang telah terpendam setelah sekian lama.

QUOTE: Dapatlah kami puji di sini bahawa toilet tersebut adalah cukup bersih dan wajar diberi pujian. Masuk adalah percuma berbanding dengan public toilet di Stesen Bas Larkin. Sudahlah berbayar..kotor pulak tu. Kuantan toilet ... you memang best! hehe

Maka kami naiklah kereta Kancil milik salah seorang daripada pak-wanca di situ. Kami di charge sebanyak RM 10 namun kami tak kesah lar kerana selepas itu..rakan kami di Kuantan memang mengatakankan bahawa harga itu memang standard untuk datang ke Indera Mahkota 6. Tempat yang sepatutnya kami lepak untuk hari itu.

Alangkah keciwa nya hati kitaorang apabila mendapati rumah kawan kitaorang di Indera Mahkota 6 tidak diduduki lagi. Mereka telah berpindah ke asrama kampus Universiti Teknologi Malaysia cawangan Pahang (UTMP) yang berdekatan dengan Indera Mahkota 8.

  niii dia gambar tention apabila mendapati rumah yang nak nak disinggah tidak diduduki lagi.

Ke page sebelah pulak

home