Berjumpa dengan Zul Ezwan

Setelah kitaorang kembali ke Indera Mahkota 6 badan memang dah penat dah. Peluh jangan cakap lagi ah. Lepas mandi dan bersalin pakaian ..apalagas berjalan lagi lah kitaorang. Kali ini kitaorang bertekad nak carik kat mana sebenarnya terletaknya kampus UTMP nih. Fazi kata dekat dengan masjid so kitaorang pun berjalanlah kearah masjid.

Masa berjalan tuh memanglah macam orang sesat. Tak tahu langsung mana nak pergi. Main terejah ajer. Tetiba kitaorang mendapati kitaorang sedang  berada di dalam suatu kelompok kanak-kanak riang sedang bermain di taman permainan. Rasa macam dalam satu adegan filem Stephen Kings pulak! Kitaorang pun tanpa segan dan silu tanya lar sorang makcik tuh yang sedang belikan ais krim untuk anak dier ..macam gini bunyi nyer " Aduhai makcik yang rupawan..sudikah makcik memberitahu kami musafir hina berdua ke mana arahnya kampus UTMP.?" aaaa macam gitu aaa bunyi nyer ala ala alagapas gitu. Dia menjawab bahawa dier pon tak tahu. kan lawak tuh dah dekat rabak punya pun tak tahu kat mana kampus UTMP. Tapi dengan semangat waja dan ingin menolong dier sanggup berlari dan bertanyakan sorang lagi makcik yang sedang menolong anaknya mengelonsor di sebuah papan gelongsor. Dier pun memberitahu kitaorang arah yang agak tepat untuk sampai ke tempat yang ingin dituju itu.

Akhirnya setelah berjalan untuk sekitar 10 minit lagi ...arakian sampailah hendaknya kitaorang ke kampus UTMP tuh. Apalagas..setibanyer kita kat depan pintu gate tuh..terus masuk aa kitaorang tanpa menghiraukan pak guard yang sedang menghisap rokok. Rupanya tak lah besar sangat kampus diorang. Setiba ajer di suatu selekoh..kami pun apalagas....membelok ke kiri dengan kelajuan 5 kilometer sejam ( kelajuan selamat untuk pejalan kaki ) Kami nampak dari jauh Zulezwan sedang menonton rakan-rakan dier yang lain sedang bermain bola tampar. Bila dier ternampak kitaorang terus dier berlari kearah kami. Ala ala filem Hindustan laks. Alangkah tekezutnya dier apabila kitaorang sampai jugak ke rumah sewa dier tanpa sebarang alamat ( riak-riak )

Apalagas..kamipun buat aa macam rumah sewa sendiri. Malam tuh Zulezwan meminta kebenaran daripada felo dier yang duduk sebelah rumah lagi. Untuk membenarkan kitaorang menumpang di rumah dier. Baik betul felo dier tuh. Panggil pun Kak Aini ajer. Zulezwan pula takes a step further dengan meminjam motor salah satu staff kat situ. Bukan untuk apa...nak amikkan beg-beg kitaorang kat surau tuh. Bukan apa..perjalanan balik tuh gelap beb.

Setelah selesai makan malam kat restoran depan kampus tuh. Kitaorang balik dan bersiap untuk beronggeng pada malam tuh.

QUOTE: Restoran kat Kuantan nh mahal giler. Ada makanan disini yang dijual lebih mahal daripada di bandaraya Johor Bahru. Tak patut tak patut. Adaker segala jenis minuman basic harga dier singgit. Termasuk aa air limau ais. Mahal betul!

Malam tuh apalagas mula-mula nak pergi Midlands tetapi dah lambat sangat aaa.. So akhirnya kitaorang pergi aa cyber cafe ( cc ) kat bandar  tuh. Sambil sambil tuh bergambar sikit.

18-pahang.JPG (45071 bytes)19-pahang.JPG (57183 bytes)20-pahang.JPG (51005 bytes)

Balik ajer malam tuh kitaorang lalu di mana tempat nyah-nyah ataupun bahasa saintifik dier transvestites menjual tubuh. Erm..tak lalu kitaorang nak tengok pun. Di dalam hati marwan tuhan saja yang tahu. Balik naik teksi ( macam biasa aa tuan rumah yang bayar ) sebanyak RM 6.00. 

Malam itu..setelah selesai charge bateri kamera..saja nak buang filem...tontonilah aksi-aksi ghairah dan memberangsangkan kami ini. Peringatan kami tidak berada dibawah pengaruh dadah atau alkohol semasa berlangsungnyer penggambaran ini. Hakaukakua

22-pahang.JPG (56374 bytes)23-muka.JPG (54499 bytes)24-muka.JPG (56701 bytes)

Keesokkan harinya sebelum berangkat kitaorang sempat bergambar lagi.

 

26-pahang.JPG (35159 bytes)28-pahang.JPG (67322 bytes)29-muka.JPG (43647 bytes)

32-pahang.JPG (86471 bytes)33-pahang.JPG (81307 bytes)34-pahang.JPG (80731 bytes)

Ke page sebelah... 

home