Yay! Jom pergi tengok penyu!

Day 2 : 11.5.2000

Akhirnya cecita kitorang nak bersolat jumaat di Terengganu tergendala akibat dek masa yang terlalu singkat..lagi pula kitaorang ni bermusafir di pantai timur..perjalannan diteruskan seawal 11 pagi..sebelum tu Zulezwan sempat menjamu perut kitorang dengan roti sardin dan roti canai (the best in IM=indera mahkota) heh...tapi kami salah sangka kerana rupa-rupanya Zulezwan sebenarnya ingin membelanja kami air laici yang paling murah dalam dunia dengan harga serendah 70 sen. Jadik pendek kata dapat lah sarapan roti tadi....dan diberi air laici percuma sebagai tanda selamat pergi.

Hmm.. itulah resam dunia tiada apa-apa yang percuma kecuali kita pandai goda˛....dapatlahh satu dua. Zulezwan sempat menghantar ke bandar Kuantan demi memastikan keselamatan kami terjamin dan tak silap bas lagi. Baik betullar Zulezwan nih. 

So... dengan lafaz bismillah kami pun melangkah ke dalam bas MIRA (kalau tak silap). Berbekalkan 'nothing' kitorang jalan jugak, nekad..walaupun tiada contact di terengganu. Iyelah ape-ape jadi saper lah yang tahu? Ish kalaular Zul ke Marwan ke kene colek kan haru tuu. Dalam perjalanan yang berharga RM 3.25 aku duduk kat sebelah sorang akak. Rupanya akak tu kenal fazila (nama fazi kat kg. la nih..) bas makin lama makin sarat..makin lama makin sarat dengan budak sekolah. Masa tu pukul 12 lebih...memang patut lah, budak˛ pun baru balik sekolah sampailah jugak ke negeri penyu (impian emas Zul nak nengok penyu, kita tunggu...berjaya tak dia tengok menatang tuh) bas berhenti di Chukai, ibu daerah Kemaman. Semua kedai ditutup oleh kerana menghormati waktu solat Jumaat. Kitorang lepak di jeti sungai kemaman 'kot?'

TIPS: Dan hendaklah kamu diam ketika khatib sedang memberi khutbah walupun dengan berkata diam sekalipun..kerana yang demikian itu boleh meluputkan pahala Jumaatmu. Kesimpulannya..rebutlah pahala Jumaat banyak˛.

38-masjid.JPG (46626 bytes)zul.jpg (51644 bytes)

39-cukai.JPG (55128 bytes) Ini yang nak marah nih! Para pembenci Parti Islam Semalaysia (Pas) melakukan kegiatan keji ini dengan memburuk-burukkan Pas di sekitar kawasan masjid Di Chukai. Sungguh tidak patut!

Kitorang berkesempatanlah bertanya pada pakcik˛ yang baru balik solat. Sorang dari mereka orang kelantan, apalagas..mempromosilah pulak negeri 'cik awe donde' nih, tak lupa pulak suruh jengah siam..fuyoo jauh tuh. Promote beb. Entah dapat pergi ke tak?

Perut berkeroncong.....mintak diri, makan dulu. Kitorang cuba contact janot (azana) yang tinggal kat dungun'g dengan harapan dapatlah dia bawak jejalan. Tapi line dia semacam jekk aa. Ok takpe....kitorang pegi jama' solat dulu..lepas tuh naik bas ke Dungun. Tiket dia berharga RM4. Sedar tak sedar.. dah sampai ke Dungun. Turun bas jek kepala jem kan..tak tahu nak ke mana..pasal tak plan lagi. Try lagi telefon janet ade lah dalam dua tiga empat kali..tak dapat-dapat. Marwan pun try lah contact fazi..cenggini dia cakap "janet dah tukar phone lah". Hal nih mengingatkan aku dengan problem di Kuantan. Oh! mengapa kah jadi begini. Marwan meratap dan hampir putus asa. Nasib baik dapat lah jugak call janet. Nasib tak baik pulak..rumah dia dah pun berlalu jauh di Paka, hujan pun turun mencurah-curah. Maka nak jadikan cerita lepas lah peluang kitaorang nak jumpe janet.

TIPS: Kita harus lah sentiasa up to datekan no. telepon member kita. Ataupun kita sendiri yang informkan kat kawan-kawan di egroups misalannya...walaupun kita tahu kita tak glemer ( contohnya Marwan, lebih-lebih lagas Zul), ramai peminat yang kontek. Promote jangan tak promote!

43-dungun.JPG (44850 bytes)44-dungun.JPG (42581 bytes)

5.30 ptg. Kitorang tiada pilihan lain, hajat hati nak pergi Rantau Abang, bila dah naik bas..terpaksa tukar jadual.....hari pun dah nak dekat malam...hujan masih lagi turun dengan lebatnya. Di dalam keadaan begini terpaksalah carik tempat perlindungan. Nasib baik ada leaflets yang amik kat Kuantan semalamnya. Ader lah senarai hotel. Kita tukar destinasi lah Zul. Marwan merayu kat Zul lagas ..Kita kena bermalam kat Kuala Terengganu.

Tips: Pamplets sangat berguna pada anda untuk buat keputusan dan mempengaruhi keputusan yang bakal diambil. Ambil lebih kalau berkesempatan. Bukan apa untuk buat kipas kalo panas dan buat alas punggung kalo duduk kat tepi pantai ke.

Lebih daripada separuh perjalanan kitorang tertidur kerana hujan terlalu lebat dan tiada apa yang boleh dilihat dari dalam bas.

Tapi mata kitorang tak terlena melihat pemandangan di Marang, di mana Menteri Besarnya tinggal, tapi kitorang sendiri tak dapat cam mana satu rumah dia. Suasana nya sangat nyaman dan indah. Jalan nyan menyusur sepanjang pantai. Kampung˛ nelayan kat situ semacam melambai-lambai selamat datang. Sungainya bersih ,air hijau, ada banyak pula tempat penginapan kat sini. Isk..isk rugi..kalo tahu baik kitorang bermalam kat situ. Bas pun sampai ke Kuala Terengganu tepat ketika azan berkumandang di seluruh bandar. 

Cerita seterusnya klik sini...

home