Kita kenal kenal dulu

Ok.. untuk pengetahuan korang Zul sekarang sedang belajar kat Universiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang dan Marwan pulak kat Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai Johor Bahru. Nak tahu mana satu budak nyer? Ni haaaa

Latar belakang trip

Kitaorang nak berancang nak pergi ke Kuantan, Kuala Terengganu, Kota Bharu lepas tuh balik singgah ke Kuala lumpur. Rancangan untuk travel ke east coast memang dah lama diidamkan oleh Zul sejak kat USM lagas. So bila berpeluang untuk menjalankan aktiviti male-boding ini bersama Marwan apalagas..dengan rakusnya Zul bersetuju. Tetapi hampehnyer apabila kitaorang berhadapan dengan pelbagai masalah kewangan dan masa yang menyebabkan kitaorang terpaksa meng-modify rancangan perjalanan kitaorang dan melakar route baru.

Pada awalnya kitaorang merancang untuk bertolak pada hari Selasa malam Rabu tetapi akhirnya kami bertolak pada hari Rabu malam Khamis. Tiket telah dibeli pada Hari Selasa dengan harga RM 15.80 setiap satu. Dengan terbelinya tiket ini maka dengan sahnya ter-confirm aa lawatan kami kali ini. Yahoooo!!!

So apalagas tak nak cakap banyak lagas..mari aa kita pergi ke day one.

home