Nak ke Kota Bharu pulak

Maka arakian dijadikan cerita pada pagi itu bertolak keluar lah kitaorang dari hotel tuh lebih kurang pukul 9.30 pagi. Dimulakan dengan menghala ke pasar besar Kuala Terengganu kitaorang singgah dahulu ke Bukit Puteri. Sebuah simbol pertahanan lampau yang kini telah menjadi pusat pelancongan dan tempat couple-couple bertenet. Peringatan: Tapi kami tak bertenet tau!

60-kt.JPG (53345 bytes) 62-kt.JPG (86319 bytes)

Erm...lawa tak pemandangan dari atas Bukit Puteri tuh. Bayaran masuk adalah RM2.00 untuk dewasa dan RM1.00 untuk kanak-kanak dan pelajar sekolah yang berpakaian sekolah. Ish..nyesal tak bawak baju sekolah. Rugi terasa apabila tak ambil lebih banyak gambar di atas bukit tuu untuk dipaparkan disini. View dier 1st class woo!

Selepas itu kitaorang pun terus ke pasar untuk melihat suasana disana. Wajar dan patut diceritakan bahawa kakak yang jaga kawasan bukit tuh membenarkan kitaorang simpan beg kat situ. Pergh kalo nak bawak sepanjang perjalanan..patah tulang belakang ooi! Terima kasih kak!

Semasa di pasar Marwan membeli beberapa batang keropok lekor. Untuk dibawa rumah dan dimakan dalam perjalanan. Zul tak sanggup nak makan lekor tuu pasal paham-paham ajerlar. Erm..semasa di sana tuh akak yang jual lekor tuh adalar bagi tips-tips sikit.

TIPS: Keropok lekor segar Terengganu ada dua jenis spesis. Satu yang halus dan panjang dan perlu dimasak sebelum dimakan. Satu lagi yang pendek dan gemuk serta ber-tekstur sikit. Yang tuu dah boleh dimakan terus ataupun dimasak..tapi kalo masak tak berapa best aa pasal nanti dier serap minyak. Kalau nak simpan lekor nih lama-lama ada tips dier. Kalau masukkan aisbok tuh jangan masukkan dalam freezer. Memadai untuk masukkan kat bahagian bawah ajer. Lepas tuh kalau dier mengera jugak..dier boleh retak dan patah. Untuk mengatasi masalah itu..sebelum masak rebus dulu. Bukan rebus sampai masak! pasal lekor nih memang dah dimasak sebelum tuh pun. Mula-mula didihkan air tuh dulu. Lepas tuh masukkan lekor tersebut. Biar dier tenggelam. Bila dier dah timbul..kira dah ok aa tuh. Terus aa goreng dan dimakan dengan lahap..oops sorri dimakan dengan sos. Erm...goreng pon sodap!

63-kt.JPG (93836 bytes)64-kt.JPG (91264 bytes)65-kt.JPG (82957 bytes)67-kt.JPG (56620 bytes)

68-makan.JPG (52736 bytes)69-makan.JPG (74310 bytes)70-kt.JPG (74003 bytes)

72-kt.JPG (68231 bytes)74-kt.JPG (51486 bytes)

Oh yaa bagi mereka yang masih lagi tak tahu-tahu..gambar kecik nih (thumbnails) boleh diklik dan link kepada gambar yang besar.

Selepas penat berjalan. Kami pun mengambil langkah kurang bijak dengan terus makan tengahari di Restoran Puteri Terapung. Sebenarnya kitaorang haus dan penat berjalan bukan lapar. Di tempat yang sama kitaorang minum ABC semalamnya.

QUOTE: Pergh...jus buah-buahan  dier memang best. 1st class. Harga pulak sangat berpatutan hanya RM1.50 tapi wa cakap sama luu..memang concentrated gilos. Macam dier tak campur air langsung. Caya lar wa.

Korang nak tahu tak apa yang terlintas di kepala kitaorang apabila ternampak sign nih di tepi jalan berhadapan dengan Bus Station? Dengan dibantu oleh kata-kata tentang maksiat dan zina gambar tersebut kelihatan seperti sebuah ovum dan 17 sperma cuba memasuki ke-dalam sperma tersebut

Maka selepas membeli tiket untuk ke Kota Bharu. Mulalah perjalanan kitaorang lagi untuk ke serambi mekah melaysia.

home