Tidur kat Kuala Terengganu

So up till now , mesti korang dah penat baca cerita pengembaraan kitaorang nih. Dan untuk pengetahuan korang Zul pun dah penat gilos menaip benda nih. Bukan dapat gajipun..cuma kepuasan dapat mengabadikan trip kitaorang dalam bentuk hompej. Supaya korang tak boring baca...apa kata korang sign guessbook kejap. Sementara itu biar Marwan hiburkan korang dengan tarian ala Hindustan barat dier tue. Hehe jangan marah Marwan! :)

Ok..Bila sampai ajer kat terminal bas Kuala Terengganu tue..kita pun berjalanlar menyusuri jalan kedai-kedai yang agak lengang. Sampai ajer di bangunan kedai yang telah di modify kot untuk menjadi hotel kitaorang pun terjenguk-jenguk lah. Bukan apa..bilik ( lobby ) itu gelap tidak berlampu. Bahagian reception pula adalar lampu sikit. Tetiba keluar sorang apek lebih kurang 40-an. Dier tanya kitaorang nak carik tempat tidur ke? Kitaorang pun bertanya , ada tempat lagi ke? Tanpa ragu-ragu dan gunakan tanpa was-was uncle tu pon ( selepas itu kitaorang memanggil dier Uncle John ) goyak* ada bilik untuk disewa untuk malam itu.

Berkat daripada Zul baca sebuah website tentang tips semasa tinggal di hotel murahan. Zul pun tanya boleh tengok dulu tak bilik tuh dulu sebelum kitaorang amik keputusan. Ada gambar ke untuk tengok condition bilik tuh. Bukan apa, nak pastikan aje.

TIPS: Semasa menyewa hotel murahan tengok dulu bilik yang ditawarkan oleh tuan hotel. Kerana selalunya travelers yang keletihan akan terus memilih bilik pertama yang di offer. Try semua kelengkapan supaya tak menyesal nanti. Bukak tutup lampu, on/off kan aircon, flush toilet sebelum meyatakan setuju. Kerana selalunya tuan hotel akan mengoffer bilik yang paling off-beat conditionnya.

Kitaorang ditawarkan harga sebanyak RM 30.00 untuk sebuah bilik. Kira alright aa pasal memang budget kitaorang RM20.00 ke RM30.00. Bertuah betul kita malam tuh. Bilik itu dilengkapi sebuah katil queen size, toilet yang bersih. water heater, air-con, dua pasang selipar jepun ( kitaorang gunakan habis-habisan ) , meja tulis, kerusi, sabun Lux kecil, dan tak lupa sebuah televisyen 14 inci dengan 3 siaran. Kira okkay lah tuh.

47-makan.JPG (51253 bytes)49-makan.JPG (206455 bytes)48-makan.JPG (67418 bytes)

Setelah selesai mandi dan menonton berita arus perdana malam tuh (marwan sahaja Zul sebok tulis sajak hehe..boleh percaya ke nih?) Kitaorang pun bertolak keluar untuk bersembahyang Marghrib di masjid berdekatan dan makan malam sekali. Selepas sembahyang.. kitaorang pun round aa sekitar kawasan disitu. Bermula dari ke terminal bas itu sehinggalah ke tepi laut. Berdekatan dengan istana bermulalah photograph taking frenzy.

51-kt.JPG (50076 bytes)50-kt.JPG (44789 bytes)52-kt.JPG (73918 bytes)

Setelah penat berjalan dan mengambil gambar pada malam tuh. Kitaorang pun singgahlar ke Restoran Terapung Puteri. Erm harganya boleh tahan. Tapi kitaorang bukanlah nak makan malam tapi untuk pekena air Batu Campur sahaja.

53-makan.JPG (43949 bytes)54-makan.JPG (70085 bytes)55-makan.JPG (78460 bytes)56-makan.JPG (60988 bytes)

gambar disekitar bilik kitaorang pada malam tuh dan keesokan harinya.

57-bilik.JPG (60782 bytes)58-bilik.JPG (61128 bytes)59-bilik.JPG (72946 bytes)

Keesokkan harinya kita berjalan lagas. * goyak bermaksud beritahu dalam loghat utara.

home