Pusing-pusing bandar Kuantan lagi

Oleh kerana kitaorang berjanji untuk menemui Mohaini di bandar ..naik bas aa kali ini untuk ke bandar semula. So kitaorang menunggu bas untuk ke bandar semula. Tiket bas daripada Teluk Cempedak ke bandar Kuantan hanya 80 sen. Cukup murah! Cuaca panas tapi biasalar kitaorang komplain ajer. Bangunan di bandar sini jauh jauh dan tiada laluan berbumbung dibuat menyebabkan kitaorang berpeluh peluh semasa berjalan dari satu tempat ke tempat yang lain.

Kitaorang berjumpa dengan Mohaini di Kuantan Plaza. Ermm dia dah lama bersedia di depan restoran makanan segera Mc' Donalds. Dah lapar lah tuu. Disana Fazi belanja makan lagi. Terimas Fazi.

13-mcd.JPG (77649 bytes)14-mcd.JPG (64070 bytes)

TIPS: Sepatutnya apabila kita travel seboleh-bolehnya try makan kat hawker stall yang korang rasa cukup bersih dan selamat. Bukan apa tujuan kita travel adalah untuk mendalamai keadaan, suasana dan cara hidup sesuatu tempat itu. Tapi takpelar..dah orang dah nak belanja Mc'D...kitaorang terima ajerlar. Zul redha ajer..

Selesai kitaorang menyantap/makan kitaorang pun bertolak ke Masjid Besar bandar Kuantan. Dalam perjalanan yang sesingkat itu kitaorang rasa haus lagi maka terpaksa lar Mohaini belanja kitaorang lagi dengan minuman hawker dan tak lupa keropok lekor Kuantan. Suka lar Marwan. Peberet tuh. Terimas Mohaini.

16-masjid.JPG (38821 bytes)

Erm..best betul kat masjid tuh...dah lama besar , bersih pulak tuh. Siap ada mineral pot tuh..itu yang menyebabkan kitaorang sempat minum lagi kat dalam masjid tuh. Selesai sahaja dari bersembahyang, kitaorang pun meneruskan perjalanan  ke Benteng. Tempat couple-couple dating di tepi Sungai Pahang. Chuuup!.tapi kitaorang tak dating tau!

Bila dah habis round satu tebing tuh kitaorang pun bergerak ke Kompleks Teruntum. Dekat ajer dari Benteng tuh. Sebelum itu kitaorang masuk ke Pusat Penerangan Pelancongan Kuantan. Di situ kitaorang mengambil kesempatan untuk mengambil leaflet dan broacher tentang negeri negeri yang bakal kitaorang lawati lagi dan juga untuk menyejukkan badan kitaorang dengan air-con.

Kat situlah di mana Marwan telah menghilangkan cover kamera dier. Kesian tengok dier...satu satu komponen kamera dier hilang. Erm..Kompleks Teruntum tuh standard dier sama ajer macam Komtar kat Johor Bahru. Di sana Marwan telah membeli kabel untuk kamera dier berharga RM 18.00. Dier kata kalau kat JB nih boleh dapat RM 15.00 ajer.

TIPS: Kalau nak beli barang barang yang hi-tech dan jarang digunakan ini ( kira non-mainstream lah ni ) semakin dalam dan pedalaman kita berada semakin mahal ia jadi. So kalau kita perlukan sesuatu barang yang hi-tech untuk sesuatu perjalanan belilah barang tersebut sebelum memulakan perjalanan.  

Setelah penat pusing-pusing Teruntum tuh kitaorang kembali ke Benteng untuk minum-minum..almaklumlah..panas beb!

16-pahang.JPG (82454 bytes)17-pahang.JPG (79158 bytes)16-pahang.JPG (82454 bytes)

Selepas kitaorang minum apa lagi ...jangan berlengah lagi..balik aa kita ke surau aka rumah tumpangan  tumpangan kitaorang tuh.

Cerita kat sebelah pulak

home